ad
PBT

Bayar cukai taksiran, kompaun MBSA di AEON Mall Shah Alam Sabtu ini

1 Nov 2023, 12:30 PM
Bayar cukai taksiran, kompaun MBSA di AEON Mall Shah Alam Sabtu ini

SHAH ALAM, 1 NOV: Orang ramai boleh menyemak dan membayar cukai taksiran serta kompaun di pejabat bergerak ‘Shah Alam On Wheels’ di parkir terbuka AEON Mall Shah Alam Seksyen 13, Sabtu ini.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memaklumkan kemudahan lain termasuk kaunter aduan, semakan status lesen komposit dan penjaja serta jualan buku pelan setara bermula 11 pagi hingga 5 petang.

Menurut Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya Mohd Azhar Mohd Sharif, platform itu memudahkan orang ramai berurusan pada hujung minggu tanpa perlu ke kaunter.

“Melalui perkhidmatan ini pihak Majlis berharap dapat memantapkan lagi sistem perkhidmatan MBSA untuk manfaat masyarakat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

MBSA menggunakan kaedah itu di beberapa lokasi sebelum ini sebagai pendekatan memudahkan urusan orang ramai termasuk pembayaran kompaun tertunggak.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.