ad
PBT

MPS tawar diskaun kompaun mulai 1 November hingga 31 Disember

1 Nov 2023, 10:06 AM
MPS tawar diskaun kompaun mulai 1 November hingga 31 Disember
MPS tawar diskaun kompaun mulai 1 November hingga 31 Disember

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 1 NOV: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menawar pengurangan kompaun sehingga 80 peratus mengikut jenis kesalahan bermula 1 November hingga 31 Disember tahun ini.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu memaklumkan orang ramai boleh menyemak tunggakan kompaun dengan hadir ke kaunter rayuan jabatan perundangan di tingkat empat Menara MPS atau menerusi sistem MyMPS.

"Kempen pengurangan kompaun Kesalahan di bawah Akta dan Undang-Undang Kecil memberi peluang kepada orang ramai menyelesai tunggakan masing-masing.

"Bayaran boleh dibuat secara tunai, kad debit atau kredit di kiosk MPS manakala dalam talian melalui MyMPS,” katanya di Facebook.

MPS berkata kompaun yang berstatus saman tidak layak untuk mendapat rayuan pada kempen tersebut.

"Sekiranya gagal menjelaskan kompaun setelah membuat rayuan dalam tempoh kempen, MPS berhak membatalkan rayuan tersebut tanpa sebarang notis.

"Layari www.mps.gov.my atau hubungi Jabatan Perundangan di talian 0361265881/ 5882/ 5875 untuk maklumat lanjut," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.