ad
AGENDA

Pemandu maut kenderaan dihempap pokok

31 Okt 2023, 2:10 PM
Pemandu maut kenderaan dihempap pokok

SHAH ALAM, 31 OKT: Pemandu kenderaan pelbagai guna maut selepas kenderaan dipandunya dihempap pokok di Jalan Ulu Yam-Gombak hari ini.

Mangsa yang juga wanita berusia 40-an dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bukit Sentosa dari tempat kerja di Selayang.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Zulfikar Jaffar berkata pihaknya menerima panggilan 6.14 petang dan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi.

"Setibanya di lokasi, anggota melaporkan sebatang pokok tenusu kuning kira-kira 12 meter menghempap kenderaan pelbagai guna jenis Perodua Alza.

"Kerja memotong pokok dan mengeluarkan mangsa tersepit dilakukan," katanya sambil menambah mangsa dibawa keluar jam 7.10 malam dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.