ad
AGENDA

Tiada dokumen sah, polis tahan 106 warga asing di pasar borong KL

28 Okt 2023, 2:45 PM
Tiada dokumen sah, polis tahan 106 warga asing di pasar borong KL

KUALA LUMPUR, 28 OKT: Polis menahan 106 warga asing kerana gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah, ketika diperiksa dalam satu operasi di sebuah pasar borong di sini hari ini.

Komander Briged Tengah Pasukan Gerakan Am SAC Zulkifli Jonit berkata dalam operasi Taring Nyah II pada jam 4.30 pagi itu, 103 lelaki dan tiga wanita yang ditahan itu, terdiri daripada warga Bangladesh, Indonesia, Myanmar dan India.

“Kesemua pendatang tanpa izin itu diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 6 (3), Seksyen 6 (1)(c), serta Seksyen 15 (4), Seksyen 15 (1)(c) Akta Imigresen 1959 dan Peraturan 39(b) Peraturan Imigresen 1963,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, orang ramai dialu-alukan untuk menyalurkan maklumat berkaitan penyeludupan pendatang tanpa izin di mana-mana balai berhampiran.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.