SHAH ALAM, 28 OKT: Pembeli hartanah bawah projek pembangunan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berpeluang menikmati diskaun hingga 46 peratus bagi produk perkakas rumah jenama Samsung.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Dato’ Mahmud Abbas berkata tawaran diskaun eksklusif itu bermula sejak 1 Oktober sebagai tanda penghargaan buat pembeli yang menyokong projek pembangunan PKNS.
[caption id="attachment_610492" align="aligncenter" width="749"] Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Dato' Mahmud Abbas berucap ketika majlispelancaran program Discover PKNS di Tapak Karnival Stadium Shah Alam pada 28 Oktober 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]
”Para pembeli bukan sahaja bakal memiliki rumah sendiri tetapi juga berpeluang menggunakan produk Samsung yang telah terbukti mempunyai kualiti terbaik.
“Tawaran ini membantu mereka menyediakan kelengkapan seperti televisyen, peti ais dan mesin basuh yang memberi nilai tambah dan menjimatkan kerana bila masuk kediaman baharu banyak menggunakan wang,” katanya.
Beliau ditemui selepas pelancaran program Discover PKNS 2023 di Tapak Karnival Stadium Shah Alam, di sini hari ini.
Pembeli rumah PKNS boleh melayari laman sesawang www.pknshomebuyers.my untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tawaran ini.
[caption id="attachment_599929" align="aligncenter" width="898"] Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan dan Keusahawanan) PKNS, Suhaimi Kasdon melihat contoh ruang dapur rumah PKNS ketika program Home Buyer di Kompleks PKNS, Shah Alam pada 26 Ogos 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]