ad
AGENDA

Glomac Berhad catat keuntungan RM341 juta hasil binaan berterusan

27 Okt 2023, 8:37 AM
Glomac Berhad catat keuntungan RM341 juta hasil binaan berterusan
Glomac Berhad catat keuntungan RM341 juta hasil binaan berterusan

SHAH ALAM, 27 OKT: Pemaju hartanah terkemuka Glomac Berhad mencatatkan keuntungan hasil sebanyak RM341 juta untuk tahun kewangan yang berakhir pada 30 April lalu (TK23).

Menerusi kenyataan media pada Rabu, kumpulan itu memaklumkan penambahan hasil sebanyak 31 peratus berbanding RM259.5 juta tahun lalu didorong aktiviti pembinaan berterusan.

Jelasnya, pertumbuhan kukuh itu termasuk fasa pembangunan di perbandaran Saujana Perdana, Sungai Buloh dan pembangunan kediaman bertingkat di Plaza@Kelana Jaya serta 121 Residences.

Tambah syarikat itu, jualan turut melonjak 89 peratus kepada RM302 juta setakat April lalu dipacu tawaran produk kukuh dan inisiatif yang mendapat sambutan menggalakkan.

"Jualan belum dibil juga meningkat kepada RM528 juta dalam tempoh berkenaan, membuktikan wujudnya potensi pendapatan yang sihat. Glomac bertekad terus menepati jadual pembinaannya.

[caption id="attachment_610373" align="aligncenter" width="737"] Projek pembangunan kediaman bertingkat di 121 Residences, Petaling Jaya. Foto laman web Glomac Berhad[/caption]

"Selain itu, kumpulan turut akan memastikan kelancaran dan ketepatan masa penyerahan rumah

kepada pembeli untuk kesemua projek yang sedang berjalan," katanya.

Dalam pada itu, Glomac mengumumkan kedudukan kewangan terus meningkat kepada RM288.8 juta daripada RM215.4 juta tahun lalu, dengan penggearan bersih bertambah kepada 0.16 kali.

Menurut kumpulan itu, aset bersih sesaham yang boleh diagihkan kepada pemilik syarikat juga meningkat lebih tinggi kepada RM1.53 pada TK23 daripada RM1.51 tahun sebelumnya.

Mengulas perancangan masa hadapan, jelasnya, Glomac akan meningkatkan aktiviti pembangunan dengan pelancaran projek baharu bernilai RM700 juta pada tahun kewangan ini.

"Pelancaran projek baharu yang dinantikan seperti penampilan sulung Loop City Puchong, kediaman

kediaman bersepadu terkini Glomac dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) RM1.57 bilion.

"Fasa pertama akan merangkumi SoHos dan pangsapuri servis dengan anggaran GDV RM338 juta," katanya menambah Glomac memiliki simpanan tanah strategik dengan anggaran nilai GDV hampir RM8 bilion.

Selain itu, katanya, projek sedia ada di Johor Bahru bakal mendapat manfaat kesan aktiviti ekonomi seperti zon kewangan khas di Forest City dan kereta api berkelajuan tinggi ke Singapura.

Glomac berkata projek pembangunan perbandaran Sri Saujana dan Saujana Jaya Glomac di Johor mempunyai 238 ekar tanah dengan potensi GDV hampir RM800 juta.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.