ad
AGENDA

PKNS FMI jamin pembangunan lebih baik

26 Okt 2023, 2:46 AM
PKNS FMI jamin pembangunan lebih baik
PKNS FMI jamin pembangunan lebih baik

Advertorial

SHAH ALAM, 26 OKT: PKNS FM Integrated Sdn Bhd (PKNS FMI) akan mengurus dan menyelenggara

penempatan warga asing sekali gus dapat menjamin keselamatan pekerja sektor serta kemampanan

negeri.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Shamshul Bahari Ahmad berkata, pihaknya bertanggungjawab mengendali infrastruktur kuarters penempatan sementara (TLQ) atau kuarters pekerja berpusat (CLQ) yang dibina berikutan pengalaman melawan Covid-19 pada 2020.

Jelasnya, PKNS FMI yang ditubuhkan awal tahun ini turut dilantik sebagai pengurus kawasan

perindustrian baharu di Taman Perindustrian Hijau (GRIP) Kota Puteri, Kuala Selangor.

“Kami melaksanakan perancangan, penyelenggaraan, pembangunan dan kecekapan operasi kemudahan infrastruktur dalam kawasan TLQ, CLQ serta GRIP untuk keselesaan dan kebajikan pekerja migran.

[caption id="attachment_610103" align="alignleft" width="390"] Temu bual bersama Ketua Pegawai Eksekutif PKNS FMI Shamshul Bahari Ahmad ketika Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur pada 19 Oktober 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

“Menerusi perancangan menggunakan teknologi dan sistem pengurusan maklumat terkini, PKNS FMI akan dapat memberikan perkhidmatan terbaik untuk pekerja asing yang bekerja di Selangor,” katanya kepada Selangorkini.

Selain menguruskan penempatan asrama, pihaknya juga dipertanggungjawabkan menyelenggara fasiliti bangunan milik PKNS seperti pasar raya, pejabat dan pangsapuri perkhidmatan.

Beliau berkata, tugas berkenaan dipikul jabatan urus harta sebelum ini namun PKNS FMI ditubuhkan

demi memberikan khidmat lebih baik dan dapat mengurus lebih banyak pihak luar.

“Jadi kita akan urus semua aset PKNS. Bermula awal tahun depan kita sasar urus 50,000 unit CLQ

bermula di Bandar Sultan Suleiman, Klang dengan kos keseluruhan berjumlah RM120 juta.

“Projek pembangunan Laman Lestari atas tanah seluas 4.35 ekar akan siap dalam tempoh tiga tahun.

“Sementara tunggu CLQ siap, kita akan jalankan projek TLQ juga. Masa untuk projek ini siap lebih

pendek dengan jangkaan 1,000 penempatan dapat dibina dalam tempoh enam bulan dan jangka dapat bina 8,000 unit tahun depan,” katanya.

Sempena penganjuran Sidang Kemuncak Niaga Antarabangsa Selangor (SIBS) 2023, PKNS FMI menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama PKNS dan Inter Great (M) Sdn Bhd untuk pembangunan pekerja migran.

Katanya, MoU selama dua tahun yang ditandatangani di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) itu

mampu mengurangkan kos pembinaan namun tetap menjamin pulangan berkualiti.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.