ad
AGENSI

Hijrah belanja RM2.9 juta jayakan Sitham, lebih 3,000 usahawan terima manfaat

25 Okt 2023, 7:48 AM
Hijrah belanja RM2.9 juta jayakan Sitham, lebih 3,000 usahawan terima manfaat
Hijrah belanja RM2.9 juta jayakan Sitham, lebih 3,000 usahawan terima manfaat
Hijrah belanja RM2.9 juta jayakan Sitham, lebih 3,000 usahawan terima manfaat
Hijrah belanja RM2.9 juta jayakan Sitham, lebih 3,000 usahawan terima manfaat

Oleh SITI ROHAIZAH ZAINAL

SHAH ALAM, 25 OKT: Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) membelanjakan RM2.9 juta bagi menjayakan program Pembangunan Usahawan India Selangor (Sitham) sejak empat tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Dato' Mearia Hamzah berkata sepanjang tempoh itu, seramai 3,730 usahawan dibimbing menerusi latihan pembangunan, kursus kemahiran dan pembuatan.

[caption id="attachment_609993" align="aligncenter" width="779"] Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Hijrah Selangor Dato’ Mearia Hamzah berucap pada Majlis penghargaan Ketua Komuniti India Selangor di foyer bangunan pentadbiran Kerajaan Negeri , Shah Alam pada 25 Oktober 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

"Sitham diperkenal bagi membantu menaik taraf kehidupan dan ekonomi menerusi janaan pendapatan dengan kemahiran sendiri selain melahirkan usahawan India yang berdaya saing.

"Menerusi Sitham, kita anjurkan pelbagai program antaranya bantuan peralatan perniagaan, program bimbingan perniagaan (Grow), kursus kemahiran dan pembuatan serta latihan pembangunan usahawan," katanya.

Mearia ditemui pada majlis taklimat dan penghargaan ketua komuniti India di foyer bangunan pentadbiran Kerajaan Negeri di sini, hari ini.

Beliau turut berharap individu yang dilantik sebagai ketua komuniti dapat memanfaatkan peruntukan diberikan dengan menganjurkan program bagi membantu usahawan India.

[caption id="attachment_609992" align="aligncenter" width="811"] Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Hijrah Selangor Dato’ Mearia Hamzah bersama kesemua Ketua Komuniti India selepas Majlis penghargaan Ketua Komuniti India Selangor di foyer bangunan pentadbiran Kerajaan Negeri , Shah Alam pada 25 Oktober 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

"Setiap ketua komuniti menerima RM5,000 tahun ini berbanding RM3,000 sebelum ini. Dengan adanya penambahan ini, kita berharap mereka dapat anjurkan kursus yang lebih efektif.

"Dengan adanya kursus berkualiti, usahawan terbabit dapat memajukan perniagaan sekali gus meningkatkan pendapatan," katanya.

[caption id="attachment_449584" align="aligncenter" width="767"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari menandatangani plak penyerahan geran peralatan pada Program Pembangunan Usahawan India Selangor (SITHAM) Yayasan Hijrah di Perkarangan Bangunan SUK, Shah Alam pada 12 November 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Dilancarkan pada September 2019, Sitham memfokuskan usahawan India yang tekad memajukan perniagaan menerusi latihan pembangunan, kursus kemahiran dan pembuatan.

Program bawah kelolaan Hijrah itu turut menawarkan bimbingan perniagaan serta bantuan peralatan perniagaan (geran).

Mereka yang berminat dengan program Sitham boleh memohon menerusi laman sesawang Hijrah Selangor.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.