ad
SELANGOR

Tengku Permaisuri berkenan hadiri ekspo kraftangan tempatan

24 Okt 2023, 1:30 AM
Tengku Permaisuri berkenan hadiri ekspo kraftangan tempatan

SHAH ALAM, 24 OKT: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor berkenan berangkat ke Ekspo Seni dan Kraf 2023 di sebuah pusat membeli-belah di Bukit Jalil Sabtu lalu.

Tengku Permaisuri Hajah Norashikin mengiringi keberangkatan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang berkenan menyempurnakan acara perasmian.

"Ekspo Seni dan Kraf 2023 yang bertemakan ‘The Tunku Azizah Handmade Market: A Home For Malaysian Crafters’ mempamerkan hasil seni dan kraftangan tempatan dari seluruh negara," tulis Selangor Royal Office di Facebook.

Pameran itu mengetengahkan lebih 300 penggiat kraftangan tempatan yang terdiri daripada ahli kelab “A Home for Malaysia Crafter” yang menonjolkan hasil seni seperti tekstil, hasil rimba, hasil logam dan aneka kraf.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.