KLANG, 21 OKT: Pusat Pendidikan Hafiz menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) atas kejayaan menubuh serta menguruskan pusat tahfiz integrasi sejak 1983.
Sijil pengiktirafan diserahkan pegawai MBOR Siti Hajar Johor kepada Pengerusi Pusat Pendidikan Hafiz Asemah Mohd Din dengan disaksikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.
Amirudin ditemui berkata kejayaan institusi itu wajar dijadikan contoh bagaimana sebuah organisasi ditadbir atau diurus dengan baik meskipun hanya bermula sebagai pusat tuisyen pada 40 tahun lepas. .
“Kita harus mengambil pengalaman dan pengajaran bagaimana mereka bermula, bertapak dan berkembang sehingga menjadi institusi setanding dengan yang lain," katanya.
[caption id="attachment_609332" align="aligncenter" width="700"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari menyampaikan sijil kecermelangan hafazan 30 Juzuk dan pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia kepada penerima sempena Majlis Sambutan 40 Tahun Jubli Delima Pusat Pendidikan Hafiz dan Anugerah Kualiti Pelajar Cemerlang di Wisma Hafiz, Klang pada 21 Oktober 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]
Sementara itu, Pengarah Pusat Pendidikan Hafiz, Muhammad Haneefa Hussin berkata pihaknya bersyukur dengan pengiktirafan tersebut kerana ia merupakan usaha yang panjang untuk ke peringkat kini.
“Setakat penubuhan, lebih 600 pelajar yang berjaya kita lahirkan dan menghafaz al-Quran 30 juzuk.
“Dengan pengiktirafan ini, kita akan berusaha dengan lebih gigih lagi untuk melahirkan generasi al-Quran yang lebih ramai bukan sahaja menghafal tetapi berjaya dalam pelbagai bidang,” katanya.
[caption id="attachment_609331" align="aligncenter" width="700"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari melawat galeri sejarah Pusat Pendidikan Hafiz sempena Majlis Sambutan 40 Tahun Jubli Delima Pusat Pendidikan Hafiz dan Anugerah Kualiti Pelajar Cemerlang di Wisma Hafiz, Klang pada 21 Oktober 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]
[caption id="attachment_609333" align="aligncenter" width="700"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari melawat galeri sejarah Pusat Pendidikan Hafiz sempena Majlis Sambutan 40 Tahun Jubli Delima Pusat Pendidikan Hafiz dan Anugerah Kualiti Pelajar Cemerlang di Wisma Hafiz, Klang pada 21 Oktober 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]