ad
AGENDA

SIBS 2023 catat urus niaga berpotensi hampir RM4 bilion

21 Okt 2023, 2:05 AM
SIBS 2023 catat urus niaga berpotensi hampir RM4 bilion
SIBS 2023 catat urus niaga berpotensi hampir RM4 bilion
SIBS 2023 catat urus niaga berpotensi hampir RM4 bilion

KUALA LUMPUR, 21 OKT: Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2023 mencatat urus niaga berpotensi berjumlah hampir RM4 bilion sepanjang dua hari penganjurannya.

Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor Berhad (Invest Selangor), Dato’ Hasan Azhari Idris berkata urus niaga itu dicatat menerusi 14 memorandum persefahaman (MoU) dan surat cara kerjasama (LoC).

“Selain itu, sidang kemuncak bagi tempoh dua hari ini juga mencatat kehadiran 29,859 pelawat perdagangan dan 523 pra mesyuarat perniagaan.

[caption id="attachment_609142" align="aligncenter" width="730"] Antara tetamu dalam program malam penghargaan Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2023 di Mandarin Oriental pada 20 Oktober 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

“Ini membuktikan penganjuran sidang kemuncak ini mampu memupuk kerjasama dan memacu kemajuan dalam membentuk masa depan serantau,” katanya pada majlis penghargaan SIBS 2023 di Mandarin Oriental malam tadi.

Beliau turut yakin penganjuran SIBS 2023 kali ini mencapai sasaran ditetapkan berdasarkan data tersebut.

SIBS 2023 yang memasuki edisi ketujuh membuka tirai pada 19 Oktober lalu di KLCC dengan sasaran potensi nilai jualan RM1.5 bilion dan ia berlangsung hingga esok.

[caption id="attachment_609143" align="aligncenter" width="754"] Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor Berhad (Invest Selangor) Dato' Hasan Azhari Idris berucap dalam program malam penghargaan Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2023 di Mandarin Oriental pada 20 Oktober 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

Menyediakan hampir 1,050 reruai dengan jangkaan 50,000 pengunjung termasuk pelawat dari luar negara, SIBS yang dianjurkan sejak 2015 membuka potensi penerokaan bidang baharu termasuk inovasi dan teknologi selain menjamin masa depan generasi muda.

Antara negara menyertai SIBS kali ini ialah China, Itali, United Kingdom, Singapura, Indonesia, Thailand, Vietnam, Filipina, Bangladesh, Taiwan, Korea Selatan, Jepun dan Kazakhstan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.