ad
AGENDA

Zii Jia, beregu lelaki mara ke separuh akhir Terbuka Denmark

21 Okt 2023, 1:15 AM
Zii Jia, beregu lelaki mara ke separuh akhir Terbuka Denmark
Zii Jia, beregu lelaki mara ke separuh akhir Terbuka Denmark

KUALA LUMPUR, 21 OKT: Dua wakil negara iaitu pemain perseorangan lelaki Lee Zii Jia dan beregu lelaki Aaron Chia- Soh Wooi Yik berjaya melangkah ke separuh akhir Terbuka Denmark 2023 di Odense, pada Jumaat.

Pada perlawanan suku akhir di Jyske Bank Arena menyaksikan pemain profesional Zii Jia menyingkirkan pencabar dari Jepun Kento Nishimoto 21-18, 21-18 dalam perlawanan sengit yang mengambil masa 51 minit.

Juara Terbuka Artik itu dijadual bertemu pemain Hong Kong, Lee Cheuk Yu yang menumpaskan pemain tuan rumah Rasmus Gemke 21-17, 21-12 dalam satu lagi perlawanan suku akhir semalam.

[caption id="attachment_582821" align="aligncenter" width="810"] Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik menghadiahkan kejayaan bersejarah kepada rakyat Malaysia selepas muncul juara dunia pada Kejohanan Badminton Dunia 2022 di Tokyo, Jepun pada 28 Ogos 2022. Foto Facebook Persatuan Badminton Malaysia[/caption]

Dalam pada itu, beregu lelaki negara Aaron-Wooi Yik turut mara ke separuh akhir selepas menewaskan gandingan China, He Ji Ting- Ren Xiang Yu 24-22, 18-21, 21-12.

Pilihan kelima kejohanan yang menghuni ranking keempat dunia itu akan membuat perhitungan dengan pemain tuan rumah Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen di separuh akhir malam ini.

Terdahulu Kim-Anders menyingkirkan satu lagi beregu lelaki negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi 21-19, 11-21, 21-14 pada suku akhir malam semalam.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.