ad
AGENDA

Selangor peneraju program depani bencana, sedia kongsi ilmu dengan negeri lain

20 Okt 2023, 10:00 AM
Selangor peneraju program depani bencana, sedia kongsi ilmu dengan negeri lain
Selangor peneraju program depani bencana, sedia kongsi ilmu dengan negeri lain
Selangor peneraju program depani bencana, sedia kongsi ilmu dengan negeri lain
Selangor peneraju program depani bencana, sedia kongsi ilmu dengan negeri lain

SHAH ALAM, 20 OKT: Selangor selaku negeri peneraju dalam program Pengurangan Risiko Bencana (DRR) sedia berkongsi ilmu dengan negeri lain bagi mempersiapkan komuniti untuk berdepan sebarang krisis.

EXCO Pengurusan Bencana Mohd Najwan Halimi berkata Selangor menimba banyak ilmu dan pengalaman sepanjang empat tahun bekerjasama dengan pakar tempatan dan Jepun.

[caption id="attachment_609064" align="aligncenter" width="737"] EXCO Pengurusan Bencana Mohd Najwan Halimi berucap ketika Simposium Tindakan Pengurangan Risiko Bencana (DRR): Kolaborasi Awam, Swasta, Ahli Akademik dan Komuniti di Geno Hotel, Shah Alam pada 20 Oktober 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

“Program ini memberi pendedahan kepada pemimpin komuniti memahami risiko dan kaedah menguruskan bencana seperti banjir, tanah runtuh serta jerebu berdasarkan data saintifik.

“Ia sekali gus dapat meningkatkan kemampuan mereka dalam pengurangan risiko bencana. Rakyat juga mampu berdikari ketika bencana sementara menunggu bantuan pihak berwajib.

“Insya-Allah, kita boleh kongsikan dapatan program ini kepada negeri lain. Mereka mungkin boleh mengadaptasinya untuk dikongsikan dengan pemimpin setempat mereka,” katanya di Hotel Geno di sini hari ini.

Beliau bercakap pada sidang media selepas Simposium Tindakan DRR: Kolaborasi Awam, Swasta, Ahli Akademik dan Komuniti serta penyerahan pelaksanaan program itu oleh Agensi Perbadanan Antarabangsa Jepun (JICA) kepada Kerajaan Selangor.

Turut hadir, Wakil Kanan JICA Yoshitaka Inagaki serta Pengarah Pusat Persediaan dan Pencegahan Bencana (DCC) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr Khamarrul Azahari Razak.

[caption id="attachment_609065" align="aligncenter" width="812"] EXCO Pengurusan Bencana Mohd Najwan Halimi menerima plak kerjasama Kerajaan Negeri bersama Japan International Cooperation Agency (JICA) ketika merasminkan majlis penutupan Simposium Tindakan Pengurangan Risiko Bencana (DRR): Kolaborasi Awam, Swasta, Ahli Akademik dan Komuniti di Geno Hotel, Shah Alam pada 20 Oktober 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Dalam pada itu, Mohd Najwan menjelaskan usaha menangani bencana menjadi tanggungjawab bersama dengan masyarakat perlu diberi bimbingan untuk menguruskannya secara berilmu dan berhemah.

“Di Selangor, kita acapkali berdepan krisis alam dan ianya perlu ditangani secara berilmu dan berhemah. Memang tugas hakiki Kerajaan Negeri untuk menyelia serta mengemudi satu-satu bencana, tetapi pengurusan bencana bukan hanya bertumpu kepada Kerajaan Negeri semata-mata.

“Jadi kita mahu melibatkan semua pihak sama ada orang awam, pemegang taruh serta ketua komuniti dengan memberi pemahaman yang betul sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada Kerajaan Negeri dalam mengurus bencana,” katanya.

DRR melibatkan perkongsian pintar Institut Penyelidikan Antarabangsa Sains Bencana (IRIDeS) Universiti Tohoku, Jepun; DPPC UTM, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor dengan dibiayai sepenuhnya JICA.

[caption id="attachment_609063" align="aligncenter" width="1009"] Kakitangan dari pelbagai agensi menyertai Simposium Tindakan Pengurangan Risiko Bencana (DRR): Kolaborasi Awam, Swasta, Ahli Akademik dan Komuniti di Geno Hotel, Shah Alam pada 20 Oktober 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.