ad
AGENDA

Pembangunan semula menara tinjau Ampang semarak sektor pelancongan negeri

20 Okt 2023, 6:00 AM
Pembangunan semula menara tinjau Ampang semarak sektor pelancongan negeri

KUALA LUMPUR, 20 OKT: Dato’ Menteri Besar menandatangani perjanjian hak pembangunan menara tinjau Ampang Look Out Point’ (ALOP) dengan syarikat pelancongan Pearl Holiday Travel & Tour Sdn Bhd (Pearl Holiday) hari ini.

Majlis pemeteraian berlangsung pada hari kedua Sidang Kemuncak Niaga Antarabangsa Selangor (SIBS) 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, disaksikan Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Haris Kasim.

EXCO Pelancongan Ng Suee Lim memaklumkan perjanjian antara Dato’ Seri Amirudin Shari dengan Pengarah Urusan Pearl Holiday Loo Kok Seong merupakan antara inisiatif pentadbiran bagi mempromosi Tahun Melawat Selangor 2025.

“Usaha ini dapat menyemarakkan lagi industri negeri serta menjamin ekonomi lebih baik serta peluang pekerjaan,” katanya.

Pada Jun, bekas EXCO Pelancongan Hee Loy Sian menyerahkan hak pembangunan ALOP yang ditutup lebih 10 tahun lalu kepada Pearl Holiday sebagai pusat kecemerlangan hutan negeri.

Pusat pelancongan itu bakal dibuka 1 Julai tahun depan dan dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk penyediaan rumah bermotor (karavan) dan glamping (khemah popular).

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.