AGENDA

Amaran ribut petir seluruh Selangor, KL hingga 5 petang

20 Okt 2023, 4:50 AM
Amaran ribut petir seluruh Selangor, KL hingga 5 petang

SHAH ALAM, 20 OKT: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda seluruh  Selangor dan Kuala Lumpur hingga 5 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan cuaca buruk itu juga diramal melanda seluruh Putrajaya, Perlis, Perak dan Melaka.

Beberapa kawasan di Kedah, Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak turut dijangka mengalami keadaan cuaca sama.

Menurut agensi itu di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.