ad
AGENDA

Belanjawan Selangor 2024 dibentang 10 November

18 Okt 2023, 7:21 AM
Belanjawan Selangor 2024 dibentang 10 November
Belanjawan Selangor 2024 dibentang 10 November

SHAH ALAM, 18 OKT: Belanjawan Selangor 2024 diadakan pada 10 November depan, kata Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS).

Menurut Lau Weng San, pembentangan jangkaan kos perbelanjaan tahunan itu bersekali dengan sidang DNS yang berlangsung selama dua minggu.

[caption id="attachment_512832" align="alignleft" width="344"] Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS) Lau Weng San[/caption]

“Belanjawan tahun depan yang bakal dibentang Dato’ Menteri Besar menjamin kehidupan dan keperluan rakyat. Kita fokus untuk meluluskan belanjawan terbabit.

“Sepanjang persidangan, berkemungkinan rang undang-undang perbekalan tambahan tahun ini juga diluluskan selain setiap EXCO menghujah portfolio masing-masing,” katanya kepada Selangorkini.

Awal bulan lalu, Dato' Seri Amirudin Shari memaklumkan belanjawan tahun depan dijadual dibentang pada pertengahan November dan sedang menunggu perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

Bagi belanjawan negeri tahun ini, sejumlah RM2.45 bilion diluluskan melibatkan perbelanjaan pengurusan berjumlah RM1.25 bilion manakala pembangunan pula sebanyak RM1.2 bilion.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.