ad
ADN

DUN Kajang bina laluan budaya tarik pelancong dalam, luar negara

18 Okt 2023, 3:24 AM
DUN Kajang bina laluan budaya tarik pelancong dalam, luar negara

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 18 OKT: Selaras dengan tekad wakil rakyat Kajang yang mahu meneroka potensi pelancongan di Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menarik lebih ramai pengunjung, satu laluan budaya bakal dibina tidak lama lagi.

David Cheong berkata Laluan Budaya Kajang Madani itu bakal dibina berdekatan Transit Aliran Massa (MRT) Stesen Stadium Kajang yang strategik untuk dikunjungi pelancong dalam dan luar negara.

“Kajang sememangnya terkenal sebagai bandar sate. Bukan itu sahaja, malah terdapat bangunan bersejarah seperti pejabat, Masjid Jamek Kajang dan Pusat Warisan Kajang yang menjadi tarikan pelancong.

“Melalui Laluan Budaya Kajang Madani yang bakal dibina ini, saya mahu mengetengahkan budaya dalam negara dipamerkan kepada pengunjung tempatan dan luar negara sekali gus menjana ekonomi penduduk,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan membuat pertemuan dengan pihak berkaitan seperti Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ), Tourism Selangor dan Jabatan Perpaduan mengenai perancangan membangunkan industri pelancongan Kajang.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.