ad
AGENSI

Jais buka permohonan tingkatan satu, enam sesi 2024

18 Okt 2023, 12:47 AM
Jais buka permohonan tingkatan satu, enam sesi 2024
Jais buka permohonan tingkatan satu, enam sesi 2024

SHAH ALAM, 18 OKT: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuka permohonan bagi kemasukan pelajar tingkatan satu dan enam sesi 2024.

Agensi itu memaklumkan permohonan tingkatan enam ke Sekolah Agama Menengah (SAM) dan Sekolah Agama Menengah Tinggi (SAMT) dibuka bermula 1 sehingga 31 Oktober ini.

“Antara syarat kemasukan adalah pelajar mestilah warganegara Malaysia, memenuhi kelayakan akademik dan telah mendaftar SPM.

“Keutamaan juga diberikan kepada pelajar dari SAM, SAMT, Sekolah Menengah Agama Bestari (Sambest) dan Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (Mits),” katanya menerusi poster di Facebook.

Bagi kemasukan pelajar tingkatan satu, Jais menjelaskan permohonan ke SAM, SAMT, Sambest dan Mits akan dibuka bermula 7 hingga 22 Disember hadapan.

Menurutnya syarat kemasukan adalah ibu bapa terdiri daripada warganegara Malaysia dan perlu memenuhi syarat kelayakan akademik.

“Selain itu, pemohon pernah bersekolah di Sekolah Rendah Agama (SRA), Sekolah Rendah Agama Islam (SRAI), Sekolah Rendah Islam (SRI), Kelas Al Quran dan Fardhu Ain (Kafa) atau Kafa Integrasi.

“Pemohon juga sudah boleh mula mengisi maklumat peribadi, ibu bapa serta penjaga,” katanya.

Kedua-dua permohonan akademik itu boleh dibuat secara atas talian menerusi https://esekolah.jais.gov.my

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.