ad
AGENSI

LUAS: Insiden lori terbakar, tiada bahan cemar mengalir ke sumber air

17 Okt 2023, 8:22 AM
LUAS: Insiden lori terbakar, tiada bahan cemar mengalir ke sumber air
LUAS: Insiden lori terbakar, tiada bahan cemar mengalir ke sumber air

SHAH ALAM, 17 OKT: Tiada bahan cemar memasuki longkang dan sungai berhampiran susulan insiden lori terbakar di Seksyen C6 KM42.6, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan pagi tadi.

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) memaklumkan pihaknya segera ke lokasi bagi mengenal pasti sebarang risiko kemasukan bahan cemar ke sumber air berhampiran yang boleh menjejaskan operasi loji rawatan air (LRA).

“Jarak lokasi insiden tersebut dengan sumber air terdekat adalah Sungai Jenderam dengan jarak 0.95km, manakala muka sauk terhampir LRA Bukit Tampoi pada jarak 15.15km dan LRA Labohan Dagang (26.05 km).

“Penelitian lanjut LUAS mendapati tiada aliran bahan cemar memasuki longkang atau parit berhampiran dan masuk ke aliran sungai. Tiada sebarang pencemaran yang berpotensi memberi gangguan kepada operasi LRA,” katanya di Facebook.

Agensi memberitahu lori dengan muatan penuh kulit biji sawit untuk pembuatan arang terbakar dilapor terbakar jam 6.45 pagi dan pihak bomba selesai melaksanakan kerja pemadaman.

“Manakala pihak PLUS dan pemilik lori terlibat sedang melakukan kerja-kerja pembersihan. LUAS sentiasa siap siaga memastikan sebarang potensi dan risiko permasalahan kualiti air ditangani segera,” katanya.

[caption id="attachment_608422" align="aligncenter" width="567"] Kakitangan LUAS memeriksa kawasan sekitar bagi memastikan tiada bahan cemar mengalir ke sumber air susulan insiden lori terbakar di Seksyen C6 KM42.6, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan pada 17 Oktober 2023. Foto Facebook LUAS[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.