ad
AGENSI

LUAS: Sampel air diambil berkala, isu aktiviti industri cemar sungai menurun

15 Okt 2023, 1:00 PM
LUAS: Sampel air diambil berkala, isu aktiviti industri cemar sungai menurun
LUAS: Sampel air diambil berkala, isu aktiviti industri cemar sungai menurun
LUAS: Sampel air diambil berkala, isu aktiviti industri cemar sungai menurun
LUAS: Sampel air diambil berkala, isu aktiviti industri cemar sungai menurun

AMPANG JAYA, 15 OKT: Isu pencemaran di lembangan sungai seluruh negeri terutama yang berpunca aktiviti pembangunan, industri dan pertanian berkurang dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini.

Pengarah Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) memaklumkan isu penutupan loji rawatan air (LRA) akibat pencemaran juga menurun dalam tempoh sama, hasil kawalan berterusan bersama agensi berkaitan.

[caption id="attachment_608011" align="alignleft" width="411"] Pengarah Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) Hasrolnizam Shaari. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

"Berdasarkan perkembangan ini, kualiti air 1,025 anak sungai seluruh Selangor berada pada kelas tiga (baik), kecuali Sungai Damansara dan Sungai Buloh pada tahap sederhana.

"Kita kenal pasti semua aktiviti yang boleh mendatangkan risiko kepada kualiti air dan ambil tindakan awal melalui kawalan khusus.

“Selain itu, sampel di seluruh pertemuan dari kawasan perbandaran ke dalam sungai diambil secara berkala bagi melihat kualiti air. Kita sasar kualiti air meningkat setiap tahun,” kata Hasrolnizam Shaari.

Beliau ditemui pemberita selepas sambutan Hari Sungai Sedunia dan program Kutip Sampah Sambil Riadah (KUDAH) di Sungai Ampang, Kampung Muhibah Lembah Jaya di sini hari ini.

Hasrolnizam menambah pihaknya juga menumpukan usaha mengembalikan kefungsian Sungai Klang dengan kini kerja pembersihan dijalankan bawah projek Gerbang Maritim Selangor (SMG).

“Usaha mengeluarkan sampah dan mendapan di sungai terbabit sedang dibuat dan berterusan terutama kawasan muara dan hujung Sungai Klang.

“Kita ambil pendekatan cukup dekat di Sungai Klang untuk kembalikan keunikan dan fungsinya,” katanya lagi.

[caption id="attachment_608014" align="aligncenter" width="703"] Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail (tiga, kiri) menyampaikan cenderamata kepada Pengarah Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) Hasrolnizam Shaari (tiga, kanan) pada majlis perasmian Hari Sungai Sedunia peringkat Parlimen Ampang dan Program Kutip Sampah Sambil Riadah (Kudah) Sungai Ampang di Kampung Muhibbah Ampang, Ampang Jaya pada 15 Oktober 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

[caption id="attachment_608012" align="aligncenter" width="703"] Kakitangan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) serta pelbagai agensi lain menyertai Program Kutip Sampah Sambil Riadah (Kudah) Sungai Ampang serta sambutan Hari Sungai Sedunia peringkat Parlimen Ampang di Kampung Muhibbah Ampang, Ampang Jaya pada 15 Oktober 2023. Foto MPAJ[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.