ad
AGENDA

Isi rumah miskin tegar bakal dapat rebat elektrik RM40 sebulan

13 Okt 2023, 8:39 AM
Isi rumah miskin tegar bakal dapat rebat elektrik RM40 sebulan

SHAH ALAM, 13 OKT: Isi rumah miskin tegar bakal menerima rebat bil elektrik sehingga RM40 sebulan, kata Perdana Menteri.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata menerusi Belanjawan 2024, kerajaan memperuntuk RM55 juta bagi terus menambah baik pendekatan subsidi elelktrik bersasar.

"Kerajan juga bersetuju mengecualikan bayaran deposit akaun bil elektrik atas nama sendiri.

"Keputusan ini memberi isyarat tepat kepada pengguna untuk mempraktikkan kecekapan tenaga dan amalan berjimat cermat dalam penggunaan elektrik seharian," katanya ketika membentang belanjawan tahun depan.

BERITA MENYUSUL...

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.