ad
AGENDA

Status pemulihan bekalan air capai 33.9 peratus pagi ini

12 Okt 2023, 12:43 AM
Status pemulihan bekalan air capai 33.9 peratus pagi ini
Status pemulihan bekalan air capai 33.9 peratus pagi ini

SHAH ALAM, 12 OKT: Status bekalan air di kawasan terjejas akibat kerja selenggara Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Langat mencapai 33.92 peratus setakat jam 6 pagi ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan bekalan di Petaling mencapai tahap 73 peratus, Kuala Lumpur (6.9 peratus) dan Hulu Langat (75.5 peratus).

"Tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna," katanya dalam kenyataan.

Pengguna juga dinasihat mendapatkan maklumat gangguan bekalan air ini daripada semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi https://waterupdates.airselangor.com/

Air Selangor juga memaklumkan bekalan air di kesemua kawasan terjejas di tujuh wilayah akibat insiden pencemaran bau di Sungai Selangor telah pulih sepenuhnya pada jam 12 tangah malam tadi.

Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas akibat pencemaran bau di Sungai Selangor semalam.

Senarai kawasan yang belum menerima bekalan air dimuatkan di Facebook syarikat berkenaan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.