ad
ADN

Dana RM370,000 naik taraf pasar Bandar Country Homes, Rawang

10 Okt 2023, 12:48 PM
Dana RM370,000 naik taraf pasar Bandar Country Homes, Rawang
Dana RM370,000 naik taraf pasar Bandar Country Homes, Rawang

SHAH ALAM, 10 OKT : Sebanyak RM370,000 diperuntukkan bagi menaik taraf pasar Bandar Country Homes, Rawang, sekali gus memberi keselesaan kepada peniaga dan pengunjung.

Wakil rakyatnya Chua Wei Kiat berkata kerja baik pulih pasar yang berusia lebih 20 tahun itu melibatkan beberapa penambahbaikan seperti pertukaran bumbung baharu dan mengecat luar bangunan.

"Kemudahan lain yang turut dibaik pulih adalah tandas awam, kawasan parkir dan beberapa aset dalaman bangunan termasuk pembinaan pagar baharu.

"Pasar ini perlu diberi nafas baharu memandangkan usianya sudah lebih 20 tahun dan banyak aset yang sudah agak usang dan perlukan pembaikan," katanya kepada Selangorkini.

Wei Kiat berharap dengan perubahan baharu pasar itu kelak bakal memberi keselesaan kepada peniaga serta pengunjung untuk berjual-beli.

"Kerja naik taraf sudah bermula bulan ini dan dijangka mengambil tempoh masa tiga bulan untuk disiapkan, semoga ia memberi keselesaan kepada semua yang mengunjungi pasar ini," katanya.

[caption id="attachment_607048" align="aligncenter" width="618"] Kerja menaiktaraf pasar Bandar Country Homes, Rawang. Foto ihsan Ahli Dewan Negeri (ADN) Rawang Chua Wei Kiat[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.