ad
EXCO

Negeri peruntuk RM4 juta laksana program bantuan anak istimewa

7 Okt 2023, 9:14 AM
Negeri peruntuk RM4 juta laksana program bantuan anak istimewa

CYBERJAYA, 7 OKT: Kerajaan Negeri membelanjakan sejumlah RM4 juta untuk melaksanakan program bantuan Anak Istimewa Selangor (ANIS), kata EXCO kebajikan masyarakat.

Anfaal Saari berkata bantuan meliputi keperluan alatan seperti kerusi roda, bantuan alat pernafasan dan khidmat fisioterapi buat anak istimewa bagi meringankan beban ibu bapa.

“Seramai 250 anak istimewa menerima manfaat, 33 guru mengajar di Pusat intervensi ANIS juga terima manfaat diberi gaji dan latihan,” katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Cerebral Palsy Sedunia 2023 di Tamarind Square, di sini hari ini.

Tambah Anfaal, Kerajaan Negeri juga berhasrat memperluaskan pembinaan Pusat intervensi ANIS ke seluruh negeri.

“Negeri turut bercadang jalin kerjasama dengan Universiti Selangor (Unisel) dan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) untuk menggunakan premis mereka sebagai pusat intervensi,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.