ad
AGENDA

Amaran hujan lebat enam daerah Selangor, KL hingga 7 malam

6 Okt 2023, 9:02 AM
Amaran hujan lebat enam daerah Selangor, KL hingga 7 malam
Amaran hujan lebat enam daerah Selangor, KL hingga 7 malam

SHAH ALAM, 6 OKT: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan sehingga 7 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan keadaan sama diramal melanda seluruh Kuala Lumpur dan Perak.

Beberapa daerah di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah juga dijangka mengalami cuaca buruk sama.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.