ad
ADN

DUN Taman Templer sumbang makanan asas kepada masyarakat India

5 Okt 2023, 8:06 AM
DUN Taman Templer sumbang makanan asas kepada masyarakat India
DUN Taman Templer sumbang makanan asas kepada masyarakat India

SHAH ALAM, 5 OKT: Sebanyak 50 pek makanan asas disumbang kepada komuniti India kurang mampu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Templer semalam, sempena Deepavali yang bakal disambut bulan depan.

Wakil rakyatnya berkata agihan pek makanan bagi meringankan beban golongan sasar dibuat di Pangsapuri Nuri, Bukit Idaman; Jalan 49, Selayang Baru dan pekarangan pusat khidmat masyarakat DUN terbabit.

“Kami berharap sumbangan ini dapat memberi sedikit keselesaan kepada keluarga memerlukan. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam usaha ini.

[caption id="attachment_606161" align="aligncenter" width="785"] Masyarakat India mendapatkan pek makanan asas sumbangan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Taman Templer pada 4 Oktober 2023. Foto Facebook Pusat Khidmat Masyarakat DUN Taman Templer[/caption]

“Bersama-sama kita saling bantu membantu dalam komuniti kita. Teruskan memberi sokongan dan kasih sayang,” kata Anfaal Saari di Facebook.

Sumbangan pek makanan asas itu diagih Ketua Komuniti India Dato’ Suresh Rao bersama Ahli Majlis Perbandaran Selayang Zon 11 Wan Anwar Wan Ibrahim serta Ahli Majlis Zon 10 Ahmad Zahiri.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.