ad
AGENDA

Talaqqi Kitab Turath Islami diteruskan 10, 11 Oktober di masjid negeri

5 Okt 2023, 5:11 AM
Talaqqi Kitab Turath Islami diteruskan 10, 11 Oktober di masjid negeri
Talaqqi Kitab Turath Islami diteruskan 10, 11 Oktober di masjid negeri

SHAH ALAM, 5 OKT: Program Talaqqi Kitab Turath Islami yang dianjur Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) sempena penterjemahan 10 jilid Ihya Ulumuddin kepada Bahasa Melayu diteruskan pada 10 dan 11 Oktober ini, susulan sambutan hangat.

IBDE memaklumkan tokoh ulama Pattani Baba Ismail Sepanjang Al-Fathoni akan mengupas kitab Ihya' 'Ulumuddin dan Mawaqif al-Marjan sepanjang program berlangsung di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.

“Marilah beramai-ramai memeriahkan acara ini, menghirup manfaat dan sari ilmu daripada Tuan Guru Baba Ismail Sepanjang Al-Fathoni,” katanya menerusi Facebook.

Sesi dhuha diadakan jam 8.45 hingga 11.30 pagi (10 Oktober), manakala sesi Isyak dari 8.30 hingga 11 malam (10 dan 11 Oktober).

Menurut IBDE program dengan kerjasama Asatizah Selangor, Akademi Pemikiran Turath, Pejabat Menteri Besar Selangor dan masjid negeri bagi menyemarak kegiatan keilmuan serta kerohanian berpandukan kitab turath warisan Islam.

“Talaqqi ini merupakan pengajian kitab secara tradisi menggunakan pendekatan talaqqi (membaca perkataan demi perkataan disertai huraian oleh tuan guru),” katanya.

Program keagamaan itu merupakan kesinambungan Festival Turath Islami Selangor yang dianjurkan 20 Mei lalu.

Ia bertujuan menyemarak lagi minat umat Islam terhadap pemikiran al-Ghazali, ilmuan Islam pelbagai bidang yang berpengaruh ke serata dunia.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.