ad
AGENDA

Harga petrol, diesel kekal hingga 11 Oktober

4 Okt 2023, 10:19 AM
Harga petrol, diesel kekal hingga 11 Oktober

KUALA LUMPUR, 4 OKT: Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON 95 serta diesel kekal bagi tempoh 5 Okt hingga 11 Okt ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik, RON97 kekal pada harga RM3.47 seliter, RON95 (RM2.05 seliter) dan diesel (RM2.15 seliter).

"Bagi melindungi pengguna daripada kenaikan harga minyak di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 dan diesel RM2.15, sungguhpun harga pasaran sebenar kedua-dua produk itu meningkat melebihi harga siling ditetapkan," menurut kenyataan itu.

Menurut kementerian itu kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terpelihara.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.