ad
AGENDA

426,656 rumah kos rendah, kampung terima pengecualian cukai taksiran

4 Okt 2023, 4:56 AM
426,656 rumah kos rendah, kampung terima pengecualian cukai taksiran

SHAH ALAM, 4 OKT: Kerajaan Selangor meneruskan pengecualian cukai taksiran bagi 426,656 rumah kos rendah dan kampung untuk penggal kedua dari 1 Julai hingga 31 Disember tahun ini.

Dato' Menteri Besar berkata salah satu komitmen utama dalam tempoh 100 hari pentadbiran negeri itu melibatkan implikasi kewangan RM29.415 juta kepada semua pihak berkuasa tempatan.

"Bantuan secara bersasar ini diharap meningkatkan pendapatan boleh guna bagi golongan yang memerlukan serta mengurangkan kos sara hidup," kata Dato' Seri Amirudin Shari hari ini.

Perkara tersebut diumumkan dalam sidang media khas di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini berdasarkan ketetapan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

Pada 23 Ogos, Amirudin menjelaskan Kerajaan Perpaduan di Selangor akan terus melaksanakan

manifestonya dalam tempoh 100 hari dengan mengutamakan lima tawaran penting.

Selain pengecualian cukai taksiran, pentadbiran negeri juga menaikkan elaun imam, bilal dan siak serta memberi insentif pertanian dan perikanan kepada 500 pesawah dan nelayan.

Sebagai rekod, pengecualian cukai taksiran bagi rumah kampung dan kos rendah diperkenal pentadbiran negeri setiap tahun sejak 2016.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.