ad
AGENDA

MBI selesai 57 pampasan insurans negeri babit bayaran RM669,000

4 Okt 2023, 1:30 AM
MBI selesai 57 pampasan insurans negeri babit bayaran RM669,000

GOMBAK, 4 OKT: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI menyelesaikan 57 pampasan Skim Insurans Am Selangor (INSAN) melibatkan jumlah RM669,000 kepada waris setakat ini.

Ketua Pegawai Operasinya Saipolyazan M Yusop berkata pihaknya menerima 129 tuntutan sejak Januari lalu bagaimanapun ada beberapa permohonan masih dalam proses.

"Antara isu kelewatan seperti tiada lesen memandu, cukai jalan dan beberapa dokumen lain yang perlu penelitian sebelum diluluskan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyerahkan pampasan kepada keluarga mangsa kemalangan motosikal di Batu Arang semalam.

INSAN diperkenal tahun lalu bagi melindungi semua penduduk negeri ini seawal usia 30 hari hingga 80 tahun dengan kos premium ditanggung sepenuhnya Kerajaan Selangor.

Skim yang menyasar enam juta rakyat memberi perlindungan sehingga RM10,000 bagi kes hilang keupayaan kekal dan kematian disebabkan kemalangan.

Awal Ogos lalu, INSAN ditambah baik dengan menawarkan Skim INSAN Takaful yang memberi perlindungan sehingga RM10,000 manakala waris sebanyak RM1,000 jika berlaku kematian.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.