ad
AGENDA

Keputusan mohon, perbaharui sijil halal hanya dalam 23 hari bekerja

3 Okt 2023, 10:41 AM
Keputusan mohon, perbaharui sijil halal hanya dalam 23 hari bekerja

SHAH ALAM, 3 OKT: Tatacara permohonan dan pembaharuan sijil halal dipermudah dengan keputusan wajib diberikan dalam tempoh 23 hari bekerja, maklum timbalan perdana menteri.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan keputusan tersebut dibuat selepas menerima banyak aduan berikutan proses sedia ada didakwa terlalu panjang, lapor Berita Harian.

"Ada yang mengadu pengeluaran sijil halal terlalu lambat hingga mengakibatkan kelewatan dalam pengedaran produk halal untuk pasaran domestik dan luar negara.

"Hari ini, Majlis Pembangunan Industri Halal Malaysia membuat keputusan bagi memendekkan tempoh permohonan itu kepada 23 hari bekerja," katanya seperti dilaporkan portal itu.

Jelasnya, perkara tersebut akan dilaksanakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Halal Development Corporation Bhd (HDC).

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.