ad
ADN

Wakil rakyat harap belanjawan negeri tumpu baik pulih kemudahan

2 Okt 2023, 2:00 PM
Wakil rakyat harap belanjawan negeri tumpu baik pulih kemudahan
Wakil rakyat harap belanjawan negeri tumpu baik pulih kemudahan
Wakil rakyat harap belanjawan negeri tumpu baik pulih kemudahan

SHAH ALAM, 2 OKT: Wakil rakyat Kota Damansara berharap isu pembaikan kemudahan terutama di kawasan pentadbirannya diberi tumpuan pada belanjawan negeri tahun depan.

Muhammad Izuan Ahmad Kasim berkata gesaan itu berikutan aduan penduduk ketika sesi berkempen pilihan raya lalu yang mahukan infrastruktur ditambah baik.

[caption id="attachment_605744" align="alignleft" width="345"] ADN Kota Damansara Izuan Ahmad Kasim[/caption]

"Seperti kita tahu baik orang kaya, miskin, tua dan muda semua menggunakan infrastruktur yang sama seperti jalan, longkang dan lampu, ia meliputi semua golongan.

"Justeru, saya berharap Kerajaan Selangor boleh mempertimbang untuk guna 10 ke 15 peratus rizab negeri untuk mengurus infrastruktur yang lama tidak diselenggara menerusi belanjawan akan datang," katanya.

Beliau ditemui ketika meninjau Jualan Ehsan Rahmah peringkat Dewan Undangan Negeri Kota Damansara di tapak Pasar Tani Kampung Melayu Subang di sini hari ini.

[caption id="attachment_605745" align="alignnone" width="719"] Petugas PKPS menyusun barangan sebelum memulakan Jualan Ehsan Rahmah DUN Kota Damansara di Tapak Pasar Tani Kampung Melayu Subang pada 2 Oktober 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

Izuan berkata baik pulih kemudahan bukan hanya memberi manfaat kepada penduduk tempatan sebaliknya orang daripada luar yang berkunjung ke negeri ini.

"Saya tidak maksudkan pembangunan baharu tetapi rakyat mahukan infrastruktur lama diperbaiki atau diselenggara semula kerana seperti kita tahu Kota Damansara juga merupakan salah satu kawasan tumpuan ramai.

"Banyak jalan berlubang, garisan jalan pudar di beberapa laluan sekitar Kota Damansara termasuk lampu, longkang yang saya rasa wajar diselenggara semula," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.