ad
AGENDA

Ekspo hartanah negeri tawar lebih 3,000 rumah, diskaun sehingga 10 peratus

30 Sep 2023, 10:30 AM
Ekspo hartanah negeri tawar lebih 3,000 rumah, diskaun sehingga 10 peratus
Ekspo hartanah negeri tawar lebih 3,000 rumah, diskaun sehingga 10 peratus
Ekspo hartanah negeri tawar lebih 3,000 rumah, diskaun sehingga 10 peratus

SHAH ALAM, 30 SEPT: Lebih 3,000 unit rumah pelbagai jenis pada harga bermula RM250,000 ditawarkan sempena Ekspo Hartanah Selangor di Central i-City di sini sehingga esok.

EXCO Perumahan Borhan Aman Shah berkata pembeli juga berpeluang menikmati potongan harga sehingga 10 peratus bagi pembelian hartanah di ekspo yang dibuka mulai 10 pagi hingga 9 malam.

“Ekspo ini disertai 36 penggiat industri terdiri daripada 30 pemaju swasta tempatan, empat anak syarikat Kerajaan Negeri serta dua institusi perbankan.

“Orang ramai terutama golongan muda yang masih belum memiliki rumah disaran merebut peluang berkunjung ke ekspo ini,” katanya.

[caption id="attachment_605368" align="alignnone" width="865"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari ditemani EXCO Perumahan Borhan Aman Shah bergambar bersama penerima surat tawaran Rumah Selangorku pada program Selangor Property Expo Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor di I-City Mall, Shah Alam pada 30 September 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Beliau berucap pada majlis perasmian Ekspo Hartanah Selangor 2023 yang disempurnakan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari hari ini.

Borhan berkata pameran kali ini diharap dapat merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri untuk mengimbangi keperluan dan kepentingan semua pihak yang terlibat dalam industri perumahan Selangor.

“Ekspo ini antara lain untuk membantu pemaju mempromosi dan menjual unit hartanah berpotensi yang masih belum terjual di Selangor selain mempromosi secara meluas projek rumah Selangorku dan hartanah mampu milik kepada orang awam.

“Orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat dan khidmat nasihat mengenai penawaran rumah, insentif kerajaan dan pembiayaan terkini yang terdapat di pasaran.

“Selain itu, pelbagai aktiviti berlangsung sepanjang ekspo ini termasuk khidmat perundingan mengenai perumahan dan hartanah, khidmat nasihat kewangan, pendaftaran projek rumah Selangorku,” katanya.

[caption id="attachment_605370" align="aligncenter" width="811"] Orang ramai hadir pada program Selangor Property Expo Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor di I-City Mall, Shah Alam pada 30 September 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.