ad
AGENSI

Yide rai Maulidur Rasul bersama anak yatim, pupuk sifat baik dalam diri

28 Sep 2023, 8:59 AM
Yide rai Maulidur Rasul bersama anak yatim, pupuk sifat baik dalam diri

SHAH ALAM, 28 SEPT: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) meraikan sambutan Maulidur Rasul hari ini bersama 25 pertubuhan kebajikan anak yatim seliaan yayasan itu.

Yide memaklumkan program dianjur dengan kerjasama Masjid Nurul Iman Serendah, Hulu Selangor itu dimulakan dengan perarakan dan iringan selawat.

“Perarakan bermula di Dataran Niaga, Serendah dan berakhir di Masjid Nurul Iman dengan iringan selawat yang penuh keberkatan.

“Program ini adalah simbol cinta dan kasih kepada Nabi Muhammad S.A.W dan juga sebagai wadah memupuk nilai kebaikan, kasih sayang, dan kepedulian terhadap mereka yang memerlukan seperti anak-anak yatim,” katanya di Facebook.

Sambutan Maulidur Rasul itu turut disertai Pengurus Besar Yide Nur Mohd Razali Abdullah, Nazir Masjid Nurul Iman Mat Lazim Hasan dan 415 anak yatim dari seluruh Selangor.

Menurut Yide program tersebut turut diserikan dengan ceramah mengenai wawasan dan inspirasi daripada kehidupan Nabi Muhammad S.A.W. serta ajaran Baginda.

Yide turut meraikan dan menyampaikan hadiah kepada kumpulan perarakan terbaik yang telah menunjukkan semangat dan kreativiti tinggi.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.