ad
AGENSI

Sambutan Maulidur Rasul didik masyarakat hargai pengorbanan Rasulullah SAW

28 Sep 2023, 8:37 AM
Sambutan Maulidur Rasul didik masyarakat hargai pengorbanan Rasulullah SAW
Sambutan Maulidur Rasul didik masyarakat hargai pengorbanan Rasulullah SAW
Sambutan Maulidur Rasul didik masyarakat hargai pengorbanan Rasulullah SAW

Oleh Fitri Hazim Hazam

GOMBAK, 28 SEPT: Sambutan Maulidur Rasul di Kampung Nakhoda di sini dimeriahkan dengan perarakan untuk mendidik masyarakat menghayati pengorbanan Rasulullah SAW.

Pengurus Kolej Teknikal Azmida Dr Junaidah Hamzah berkata program anjuran bersama Masjid Jamek Kampung Nakhoda itu juga bertujuan mengajak masyarakat mengimarahkan masjid dengan menyusun pelbagai aktiviti terutama membabitkan golongan muda.

[caption id="attachment_605090" align="aligncenter" width="722"] Pengurus Kolej Teknikal Azmida Dr Junaidah Hamzah bercakap kepada media selepas sambutan Maulidur Rasul anjuran Kolej Teknikal Azmida dan Masjid Jamek Kampung Nakhoda di Batu Caves, Gombak pada 28 September 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

“Matlamat program bagaimana kita memperingati Rasulullah SAW dan mendidik masyarakat menghargai pengorbanan Baginda serta mendekatkan diri dengan masjid.

“300 pelajar kami bersama pelbagai masyarakat menyertai perarakan sambil berselawat dalam sambutan tahun ini,” katanya.

Beliau ditemui pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul di perkarangan Masjid Jamek Kampung Nakhoda, Batu Caves, di sini hari ini.

[caption id="attachment_605091" align="aligncenter" width="796"] Nazir Masjid Jamek Kampung Nakhoda Azmi Md Eusoff bersama tetamu jemputan melakukan gimik perasmian sambutan Maulidur Rasul anjuran Kolej Teknikal Azmida dan Masjid Jamek Kampung Nakhoda di Batu Caves, Gombak pada 28 September 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Dr Junaidah turut berharap program sambutan diteruskan setiap tahun di kawasan itu untuk memupuk semangat kekitaan di kalangan masyarakat pelbagai usia dan mengingati Rasulullah SAW.

Terdahulu perarakan Maulidur Rasul di kampung itu meriah dengan lebih 700 peserta hadir sejak 7.30 pagi.

Selain perarakan, pelbagai program menarik di masjid turut diadakan seperti bacaan sajak, nasyid, qasidah, jualan makanan dan pameran pendidikan serta pakej umrah.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.