ALOR SETAR, 28 SEPT: Sebuah lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di negeri ini berikutan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 1,457 orang daripada 451 keluarga di 12 PPS di empat daerah.
Jumlah itu direkodkan pada jam 12 tengah hari, berbanding 1,220 mangsa daripada 372 keluarga jam 8 pagi tadi.
Ketua Bahagian Sekretariat Pengurusan Bencana, Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain, berkata PPS baharu dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Keda di Baling jam 8.30 malam tadi menempatkan seramai 137 mangsa daripada 40 keluarga, lapor Berita Harian.
Beliau berkata, PPS di Kampung Iboi pula masih kekal 103 mangsa daripada 40 keluarga, manakala PPS di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerai pula meningkat 143 mangsa daripada 44 keluarga.
[caption id="attachment_605055" align="aligncenter" width="745"]
Situasi banjir di Kampung Bukit Tengah, Derang yang menyebabkan penduduk dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Bukit Hijau pada 28 September 2023. Foto Facebook APM Negeri Kedah[/caption]
"PPS di Surau Permatang Limau menempatkan 15 mangsa daripada empat keluarga.
"PPS Maahad Tarbiyah Derang menempatkan 157 mangsa daripada 48 keluarga, manakala PPS di SK Bukit Hijau menempatkan 313 daripada 85 mangsa," katanya.
Beliau berkata, empat PPS daerah Kubang Pasu masih beroperasi iaitu di SMK Changlun menempatkan 86 mangsa daripada 25 keluarga, PPS SK Malau 119 mangsa daripada 29 keluarga, manakala PPS Dewan PPK Lubuk Batu pula 59 mangsa daripada 22 keluarga.
[caption id="attachment_605059" align="aligncenter" width="815"] Situasi banjir di Kampung Bukit Tengah, Derang yang menyebabkan penduduk dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Bukit Hijau pada 28 September 2023. Foto Facebook APM Negeri Kedah[/caption]
"Satu lagi PPS di Kubang Pasu iaitu PPS Dewan Kampung Tradisi menempatkan 22 mangsa daripada tujuh keluarga.
"PPS di SK Taman Aman di Kota Setar pula menempatkan 267 mangsa daripada 95 keluarga," katanya.