ad
ADN

Jualan murah terus meriah, minyak masak licin kurang sejam

25 Sep 2023, 7:35 AM
Jualan murah terus meriah, minyak masak licin kurang sejam
Jualan murah terus meriah, minyak masak licin kurang sejam

SUBANG JAYA, 25 SEPT: Minyak masak antara produk yang habis terjual dalam tempoh kurang sejam pada program Jualan Ehsan Rahmah (JER) di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di sini hari ini.

Penyelia program Muhammad Syahmi Asymawi Solahudin berkata telur dan beras juga antara barangan asas yang diserbu pengunjung berikutan harga yang ditawarkan murah berbanding pasaran.

"Paling laris minyak masak, sebelum ni tidak pernah terjual habis. Hari ini laris, kurang sejam sudah habis. Telur dan beras juga antara tumpuan," katanya ketika ditemui.

Sementara itu, Ahli Dewan Negeri Subang Jaya Michelle Ng Mei Sze gembira program jualan murah di kawasan berkenaan terus mendapat sambutan orang ramai pada setiap penganjuran.

Beliau juga berharap inisiatif kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diadakan lebih kerap pada masa hadapan untuk membantu lebih ramai penduduk memerlukan.

[caption id="attachment_604548" align="aligncenter" width="752"] ADN Subang Jaya Michelle Ng Mei Sze membantu membungkus barangan asas yang dibeli penduduk pada program Jualan Ehsan Rahmah DUN Subang Jaya di IPD Subang Jaya pada 25 September 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

"Saya hargai kesudian pihak IPD mengajak orang ramai bersama menikmati jualan murah ini. Saya tidak sangka kehadiran begitu ramai walaupun kita tidak uar-uarkan," katanya.

Salah seorang pembeli yang juga anggota polis Noor Aemy Mizan, 34, menyokong usaha Kerajaan Negeri menganjurkan program berkenaan untuk membantu rakyat mengurangkan kos sara hidup.

"Walaupun kami penjawat awam tetap terkesan dengan kenaikan harga barangan. Terima kasih Kerajaan Negeri kerana mewujudkan program jualan murah ini," katanya.

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).

Kerajaan Selangor membelanjakan subsidi berjumlah RM40 juta untuk melaksanakan jualan murah di 2,850 lokasi yang memanfaatkan lebih lima juta rakyat.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.