AGENDA

Klang, Hulu Langat antara enam daerah diramal hujan hingga 12 tengah hari

25 Sep 2023, 1:31 AM
Klang, Hulu Langat antara enam daerah diramal hujan hingga 12 tengah hari
Klang, Hulu Langat antara enam daerah diramal hujan hingga 12 tengah hari

SHAH ALAM, 25 SEPT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam daerah di Selangor hingga 12 tengah hari ini.

Agensi itu di Facebook memaklumkan daerah terlibat ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Cuaca sama dijangka melanda Putrajaya dan Pulau Pinang selain beberapa kawasan di Kedah, Perak, Pahang dan Negeri Sembilan.

Menurut agensi itu, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Foto Facebook Malaysian Meteorological Department

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.