ad
AGENDA

Van bawa sembilan pelancong Singapura jatuh cerun di Balik Pulau

24 Sep 2023, 3:15 PM
Van bawa sembilan pelancong Singapura jatuh cerun di Balik Pulau

BALIK PULAU, 24 SEPT: Sebuah van yang membawa sembilan pelancong dari Singapura terbabas sebelum terjatuh ke cerun bukit berkedalaman lebih enam meter di sini malam ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang dalam kenyataan awal memaklumkan telah menerima laporan berhubung kemalangan itu pada 8.14 malam.

"Terdapat sembilan mangsa di dalam van berkenaan dan kerja-kerja menyelamat sedang dilakukan dengan dibantu oleh beberapa Pasukan Bomba Sukarela berdekatan.

"Maklumat akan dikemas kini," menurut kenyataan itu.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.