ad
BERITA UTAMA

UIS berpotensi jadi universiti terbaik, lahir graduan cipta peluang kerja

24 Sep 2023, 9:37 AM
UIS berpotensi jadi universiti terbaik, lahir graduan cipta peluang kerja
UIS berpotensi jadi universiti terbaik, lahir graduan cipta peluang kerja

SHAH ALAM, 24 SEPT: Universiti Islam Selangor (UIS) diyakini mempunyai potensi untuk berkembang menjadi antara universiti yang terbaik selepas dinaik taraf sebagai universiti pada 20 Julai lalu.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata usaha itu boleh dicapai dengan meningkatkan usaha penyelidikan, penerbitan jurnal bertaraf serantau dan membina rangkaian dengan universiti ternama.

“Kejayaan sesebuah universiti turut bergantung kepada keupayaan melahirkan graduan yang berinovasi dan kreatif untuk mencipta pekerjaan dan bukan semata-mata melahirkan graduan yang mencari pekerjaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan sidang ketiga Majlis Konvokesyen (UIS) Kali Ke-26 di Pusat Konvensyen UIS hari ini.

[caption id="attachment_604365" align="alignnone" width="890"] Para graduan Majlis Konvokesyen Universiti Islam Selangor (UIS) Kali Ke-26 di Pusat Konvensyen UIS, Bangi pada 24 September 2023. Foto Universiti Islam Selangor (UIS)[/caption]

Menurut UIS, seramai 2,511 graduan daripada pelbagai peringkat pengajian termasuk ijazah doktor falsafah, ijazah sarjana, ijazah sarjana muda dan diploma diraikan pada majlis konvokesyen yang dari 23 hingga 26 September.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan graduan dari 1998 hingga 2023 ialah seramai 29,876," katanya.

Majlis konvokesyen kali ini merupakan penganugerahan ijazah dan diploma yang julung-julung kali diadakan selepas Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) didaftarkan sebagai Universiti Islam Selangor pada 20 Julai lalu.

Sebanyak tujuh sidang dengan sidang ketiga membabitkan sejumlah 332 graduan Ijazah Sarjana Muda dari Fakulti Pengajian Peradaban Islam dan 80 graduan dari Fakulti Multimedia Kreatif dan Komputeran.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.