ad
BUDAYA

Puisi yang bosan

24 Sep 2023, 7:58 AM
Puisi yang bosan

 

silau matahari jalan kaki

ekor langkahnya mengejar

tubuh kejutkan peluh; dan aku, jemu.

lampu bulan jedag-jedug

lenggok pinggulnya mengadu

sedih meliukkan tubuh; dan aku, jemu.

mengulang malam, melawat siang. 24 adalah jam yang sesekali pendek, selalunya panjang dengan kebosanan maha. waktu pendek adalah kelopak bunga yang sedang mekar, sebelum layu tidak dibaja. bahasa yang ____, waktu yang ____.

sekarang, masa aku buang dan

patahkan kaki matahari,

tusukkan pinggul bulan. biar tak ada

yang menyilau, yang meliuk.

supaya tak ada jam yang buat aku maha

bosan lagi.

 

Aliff Awan

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.