ad
AGENDA

12 lelaki warga asing ditahan dalam bas ekspres, tiada dokumen sah

24 Sep 2023, 3:56 AM
12 lelaki warga asing ditahan dalam bas ekspres, tiada dokumen sah

KOTA BHARU, 24 SEPT: Polis menahan lapan lelaki warganegara India dan empat lelaki warga Bangladesh di dalam sebuah bas ekspres di tepi jalan berhadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata ketika menjalankan Op Cantas kira-kira 1 pagi, pihaknya telah menahan sebuah bas ekspres dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Kota Bharu.

"Hasil pemeriksaan terhadap semua penumpang di dalam bas terbabit mendapati lapan lelaki warganegara India dan empat lelaki warganegara Bangladesh gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah.

"Kesemua tangkapan telah dibawa ke IPD Gua Musang untuk disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata kejayaan tangkapan warga asing dalam operasi yang dijalankan adalah hasil daripada kerjasama antara pihak imigresen dan polis dalam mengekang pergerakan warga asing yang tiada dokumen di negara ini.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.