ad
PBT

Gagal bayar 29 kompaun parkir, individu dihadap ke mahkamah

21 Sep 2023, 3:26 AM
Gagal bayar 29 kompaun parkir, individu dihadap ke mahkamah

SHAH ALAM, 21 SEPT: Seorang individu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Telok Datuk semalam, selepas gagal membayar 29 tunggakan kompaun parkir Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL).

Menurut MPKL, individu berusia lewat 20-an itu menerima waran tangkap yang dikeluarkan Majistret Khairul Fahri Yusob pada 13 September lalu berikutan gagal hadir ke mahkamah sebelum ini.

“Orang Kena Saman (OKS) gagal hadir ke mahkamah sebelum ini atas kesalahan Perenggan 8, Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak) MDKL 2007 kerana meletakkan kenderaan di tempat yang dilarang oleh MPKL,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

MPKL menambah, OKS bagaimanapun telah menjelaskan semua tunggakan kompaun berjumlah RM430 dan mahkamah memerintahkannya dilepas tanpa dibebas (DNAA) selain waran tangkap dibatalkan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Kanan MPKL Hasrizal Abd Rahim dan Pegawai Pendakwa MPKL Ahmad Razali Abdul Manaf.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.