ad
BERITA UTAMA

MBSA kuat kuasa parkir dua jam di 67 lokasi mulai 4 September

20 Sep 2023, 1:15 AM
MBSA kuat kuasa parkir dua jam di 67 lokasi mulai 4 September
MBSA kuat kuasa parkir dua jam di 67 lokasi mulai 4 September

SHAH ALAM, 20 SEPT: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menguatkuasakan penggunaan petak letak kereta dua jam di 67 lokasi bawah kawasan pentadbirannya mulai 4 September lalu.

Menurut pihak berkuasa tempatan itu, kadar harga ditetapkan RM1.20 sejam (maksimum dua jam) mulai 8 pagi hingga 5 petang dari Isnin hingga Jumaat melalui pelbagai aplikasi.

"Tiada rayuan dan tiada pengurangan kompaun diberikan bagi kesalahan penyalahgunaan petak letak kereta dua jam," maklum MBSA di Facebook baru-baru ini.

Bayaran boleh dibuat melalui aplikasi Smart Selangor Parking, Flexi Parking, GoPayy, Jom Parking, Touch n’ Go eWallet dan Setel.

Pelaksanaan parkir dua jam dilaksana bawah Pewartaan Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) (Majlis Bandaraya Shah Alam) Pindaan 2023.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.