AGENDA

Menteri diarah turun padang pantau harga, bekalan barang makanan

19 Sep 2023, 1:45 PM
Menteri diarah turun padang pantau harga, bekalan barang makanan

SHAH ALAM, 19 SEPT: Perdana Menteri telah mengarahkan menteri berkaitan untuk turun padang memantau harga serta bekalan barang makanan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan berkata isu kenaikan harga barang adalah perkara serius yang menekan hidup rakyat.

“Saya setuju ini (kenaikan harga barang) soal serius yang menekan hidup rakyat. Saya telah arahkan Menteri-Menteri untuk turun dan pantau sendiri.

“Walaupun kita bagi jaminan harga barang tempatan tidak naik tetapi ada laporan kekurangan (bekalan) di beberapa tempat dan mesti ditangani dengan baik,” katanya ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Rakyat, hari ini.

Anwar berkata namun harus difahami, kenaikan harga barang juga boleh berlaku apabila negara pengeluar membuat perubahan duti eksport atau pengeluaran bekalan.

“Umpamanya kenaikan harga bawang. Sejak Ogos lalu duti eksport bawang dari India naik 40 peratus dan tentunya kita di Malaysia yang membeli bawang dari India akan terkesan.

“Keputusan India bulan lalu untuk mengehadkan eksport beras putih. Jadi ini akan ikut teori penawaran dan permintaan, bila eksport dihadkan harga naik maka kita tambah subsidi untuk jamin beras tempatan tidak naik harga,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.