ad
AGENSI

Peluang kembang niaga, HIJRAH tawar modal hingga RM50,000

19 Sep 2023, 11:00 AM
Peluang kembang niaga, HIJRAH tawar modal hingga RM50,000
Peluang kembang niaga, HIJRAH tawar modal hingga RM50,000

SHAH ALAM, 19 SEPT: Usahawan di negeri ini yang memerlukan modal untuk mengembangkan perniagaan dipelawa memohon skim pembiayaan i-Bisnes.

Yayasan Hijrah Selangor (HIJRAH) memaklumkan agensi itu menawarkan pembiayaan sehingga RM50,000 kepada usahawan mikro, kecil dan sederhana.

“Pembiayaan skim i-Bisnes ini terbuka kepada semua sektor perniagaan. Layari www.hijrahselangor.com untuk maklumat lanjut.

“Skim ini membantu usahawan mendapatkan modal perniagaan  mengikut kelayakan dan dokumen permohonan yang mudah, cepat serta tidak membebankan,” katanya di Facebook.

Permohonan secara dalam talian boleh dibuat menerusi pautan http://mikrokredit.selangor.gov.my/.

Belanjawan Selangor 2023 memperuntukkan RM130 juta bagi membolehkan HIJRAH menambah baik skim serta membantu pembangunan usahawan.

Selain skim i-Bisnes, HIJRAH turut menawarkan skim i-i-Bermusim, Zero to Hero, Niaga Darul Ehsan (NaDI), i-Agro, i-Lestari, dan Go Digital.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.