ad
AGENDA

Futsal: Kelayakan Piala Asia, pemain dituntut pamer aksi terbaik

18 Sep 2023, 3:41 PM
Futsal: Kelayakan Piala Asia, pemain dituntut pamer aksi terbaik

KUALA LUMPUR, 18 SEPT: Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mahu skuad futsal lelaki negara menampilkan prestasi membanggakan pada aksi Kelayakan Piala Asia Futsal 2024 di Fergana, Uzbekistan dari 7 hingga 11 Okt ini.

Hamidin menerusi kenyataan dikeluarkan FAM hari ini menuntut peningkatan prestasi anak buah Rakphol Sainetngam itu dengan memberi persembahan terbaik pada setiap perlawanan di kejohanan tersebut.

“Pemain perlu ingat jika terus fokus, tidak mustahil untuk Malaysia mampu mencipta kejutan. Bukan itu sahaja, pemain juga dituntut untuk bermain dengan baik pada aksi persahabatan di Thailand nanti.

“Bukan mudah untuk kita diberi penghormatan menyarungkan jersi kebangsaan, maka gunakan peluang itu sebaiknya dan harumkan nama negara,” katanya.

Pagi tadi, Hamidin mengadakan sesi tinjauan latihan skuad futsal Harimau Malaya di Arena Futsal FAM, Wisma FAM, Kelana Jaya.

Pasukan futsal kebangsaan dijadual bersaing dalam Kumpulan G berdepan Iraq (7 Okt), Uzbekistan (9 Okt) dan Kemboja (11 Okt) di Samo Sports Complex, Fergana.

Skuad negara yang disertai 20 pemain akan berlepas ke Thailand pada 24 Sept ini bagi berdepan tiga aksi persahabatan menentang tuan rumah, Afghanistan dan Taiwan.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.