ad
AGENDA

Polis sahkan mangsa kes tembak depan bengkel ada rekod jenayah

18 Sep 2023, 1:17 AM
Polis sahkan mangsa kes tembak depan bengkel ada rekod jenayah
Polis sahkan mangsa kes tembak depan bengkel ada rekod jenayah

KOTA BHARU, 18 SEPT: Lelaki yang maut ditembak di hadapan sebuah bengkel di Jalan Hutan Kuin, Machang semalam mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata dalam kejadian 5.45 petang itu, mangsa berusia 38 tahun adalah seorang peniaga.

"Berdasarkan maklumat awal, suspek dua lelaki tidak dikenali menaiki kereta Honda putih melepaskan beberapa das tembakan dari jarak dekat ke arah pemandu, yang berada dalam pikap.

[caption id="attachment_567765" align="alignleft" width="500"] Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun. Foto BERNAMA[/caption]

"Mangsa yang berada di bahagian pemandu meninggal dunia di lokasi kejadian dan motif kejadian masih dalam siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini, lapor Berita Harian.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Machang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat kes ini diminta tampil membantu pihak polis dengan menghubungi balai polis berdekatan," katanya.

Terdahulu media melaporkan, seorang lelaki meninggal dunia dipercayai ditembak di hadapan kedai alat ganti kenderaan di Kampung Hutan Kuin, di sini.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa yang memandu pikap berhenti untuk membeli alat ganti kenderaan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.