ad
AGENSI

Jais tekad tangani isu sensitif gugat perpaduan kaum

17 Sep 2023, 12:47 AM
Jais tekad tangani isu sensitif gugat perpaduan kaum
Jais tekad tangani isu sensitif gugat perpaduan kaum

SHAH ALAM, 17 SEPT: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tekad menangani isu sensitif yang boleh mengancam perpaduan kaum di negeri itu sebaik mungkin.

Pengarahnya Dato’ Mohd Shahzihan Ahmad berkata pihaknya memandang serius isu sensitif terutama berkaitan perbezaan kefahaman agama, adat dan budaya.

“Sebagai negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan budaya, masyarakat kita kadangkala berdepan isu sensitif yang boleh menggugat ketenteraman dan kesepakatan.

“Perbezaan dan kepelbagaian ini perlu diuruskan sebaik mungkin untuk mengelakkan tercetusnya perpecahan kaum serta rasis antara kaum dan agama,” katanya ketika ditemui di Dewan Muzakarah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini semalam.

[caption id="attachment_602940" align="alignleft" width="500"] Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Dato' Mohd Shahzihan Ahmad berucap ketika majlis penutup Konvensyen Merealisasi Khaira Ummah Selangor di Dewan Syarahan dan Muzakarah, Masjid Negeri, Shah Alam pada 14 September 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Bercakap sempena Seminar Masyarakat Majmuk: ‘Serumpun Bak Serai, Sesusun Bak Sirih', beliau berkata pihaknya menjunjung tinggi nilai seperti persaudaraan, keadilan dan toleransi dalam masyarakat majmuk.

“Dalam Islam, konsep masyarakat majmuk dan harmoni memiliki dasar dalam ajaran agama.

“Meskipun tiada hadis secara eksplisit menyebutkan ‘masyarakat majmuk’, prinsip dalam Islam mendorong perdamaian, toleransi, dan kerjasama antara individu pelbagai latar belakang etnik, budaya dan agama,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.