ad
PBT

Padah simpan, baiki jentera berat tanpa lesen, peniaga dikompaun RM2,000

15 Sep 2023, 10:30 AM
Padah simpan, baiki jentera berat tanpa lesen, peniaga dikompaun RM2,000
Padah simpan, baiki jentera berat tanpa lesen, peniaga dikompaun RM2,000

SHAH ALAM, 15 SEPT : Seorang peniaga dikompaun oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK) kerana menjalankan aktiviti menyimpan dan membaiki jentera berat tanpa lesen.

MPK menerusi Facebook memaklumkan ketika serbuan ke premis di Jalan Benteng, Kampung Perepat, Klang mendapati kerja membaiki jentera sedang dijalankan.

"Siasatan selanjutnya mendapati premis ini beroperasi tanpa lesen perniagaan yang sah dari MPK. Justeru, sebanyak dua kompaun dikeluarkan kepada pemilik.

"Setiap kompaun bernilai RM1,000 dan sekiranya gagal menjelaskan bayaran dalam tempoh 14 hari daripada tarikh notis, tindakan mahkamah akan dikenakan," katanya.

MPK memaklumkan peniaga berkenaan dikenakan kompaun mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) 3, UUK Pelesenan Tred, Perniagaan Dan Perindustrian (MPK) 2007.

[caption id="attachment_603061" align="aligncenter" width="1102"] Majlis Perbandaran Klang (MPK) menyerbu sebuah premis yang dipercayai menyimpan dan membaiki jentera berat di Jalan Benteng, Kampung Perepat, Klang pada 14 September 2023. Foto Facebook MPK[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.